ajue tulis entry ni disebabkan ajue tak mengantok lagi . tercetus lah pulak idea nak menaip entry tajuk macam nih --'
apa apa pon , bukan senang tahu seseorang perempuan nak meluahkan rasa cinta kepada lelaki . so , if u'oll as a gurl rasakan yang memang betul betul cintakan lelaki yang u'oll targetkan tu , so just go for it !
- Ajak si dia menonton filem yang romantik. Kalau dia tolak , katakan u'oll belanja . Lepas habis tonton , saja mengeluh sorang-sorang, ' bestnya kalau ada lelaki yang layan aku macam tu...' walaupun pada hakikatnya harap dia dengar dan faham..
- Tulis di status facebook u'oll tentang si dia yang u'oll cintai. Tidak perlu untuk menulis nama dia, asalkan dia tahu bahawa itu adalah dirinya sudah cukup.
- Sekiranya dia sakit atau tidak sihat jenguklah dia atau sekurang-kurangnya masaklah sup atau masakan untuk si dia. Pasti si dia dapat merasakan sesuatu antara kamu.
- Download cerita ‘The Bachelor’ kemudian berikan si dia pada hari-hari yang bermakna seperti hari jadi u'oll .
- Biarkan si dia melihat u'oll menangis .
- Senyum, tak perlu kata apa-apa ;)
- Jika selalu hanya dia saja yang memuji diri sendiri, apa kata u'oll pula puji penampilan dia. Selepas tu dalam bergurau, katalah ‘untunglah orang yang dapat lelaki hensem macam kau.’
- Berikan dia masakan yang u'oll buat sendiri seperti puding atau biskut yang berbentuk hati.
- Disaat di sering merasa rendah diri, u'oll gunakan ruang yang ada itu untuk meyakinkan dia bahawa dia adalah lelaki yang terbaik di mata u'oll . ( Peluang menjadi couple = 80% ! )
- Sentiasa berada untuk dia disaat dia berada didalam kesulitan. Tak perlu nak kata apa-apa. Sekadar berdiam dan ada disamping dia sudah mencukupi.
- Taktik yang biasanya berkesan ialah u'oll memulakan call/sms dia setiap hari untuk satu tempoh masa kemudian hilang. Jika si dia call/sms u'oll, itu bermakna dia sudah mula rindukan u'oll, dan tunggulah masa untuk perkataan I Lap U itu tersembul keluar dari mulut dia..
- Berikan sesuatu barang yang bermakna buat u'oll dan kemudian berikan kepada dia untuk dijaga.Jangan lupa untuk kata, ‘hanya orang bermakna mampu menjaga benda yang bermakna.’
- Jika ada dinner atau 'prom night', ajak dia menjadi teman u'oll pada hari itu.
- Ajak si dia berkelah di tempat yang tenang, aman dan damai. Selepas tu anda buatlah sandwich yang special untuk si dia.
- Suruh kawan-kawan u'oll sebarkan kepada kawan-kawannya yang terdekat yang u'oll menyukai dia. Untuk lebih advance, suruh kawan u'oll berpura-pura tanpa sengaja memberitahu si dia bahawa u'oll sudah terlalu lama menyintai dia. Woot! ( statement agak bahaya )
- Ambil gambar u'oll berdua, kemudian buat satu puzzle dengan huruf ‘I LOVE YOU’. Berikan satu hari satu kepingan puzzle, kemudian tinggalkan puzzle yang mempunyai bentuk/perkataan love itu kosong. Berikan pada si dia apabila u'oll sudah benar-benar yakin terhadap perasaan u'oll.
- Jika bermacam-macam cara u'oll telah cuba untuk tunjukkan si dia bahawa u'oll cintakan dia, namun oleh kerana dia berpura-pura bengap atau memang bengap melampau-lampau, u'oll buatlah satu drama. u'oll sebarkan cerita u'oll akan berpindah ke suatu tempat yang jauh, kemudian u'oll suruh kawan u'oll sampaikan surat kepada dia, ‘I LOVE YOU’. Jika si dia kemudian katakan dia juga cintakan u'oll, maka katalah u'oll tidak jadi pindah semata-mata untuk dia. Tapi kalau si dia hanya kata, ‘selamat tinggal kawan karibku’, katakan saja u'oll tidak jadi pindah kerana u'oll sayangkan kawan-kawan u'oll.
ajue dah sedaya upaya memberi treat untuk u'oll memikat lelaki yang u'oll minat . so , selamat maju jaya bagi mereka yang ingin mencuba ! chaiyok chaiyok ;)