Dont tell me who is HOT because i dont ever care . Thank you because be a good readers , and enjoy your reading pretty handsome ♥ !

good Followers ♥ !

thumbs up ?

♥ luahan hati #2

assalamualaikum :')


hi everyone . howayu ? hope will be fine . okay , today dah 4 hari ajue tak makan nasi . gila kan ? tadek selera . dah start perangai lama . dah lama ajue tak jadi macamni . sebelum ummy gerak balik kampung semalam pon dia pesan , makan tau . tapi ajue dah cuba . still tak dapat menerima . bila bangun pagi dari tidur , mesti ajue keluarkan balik :(

ramai yang suruh ajue cari ubat , ajue tak minat nak makan ubat --' ramai jugak yang suruh ajue jumpa doktor . memang TAK la ajue akan jumpa doktor kan ? ajue tak minat langsung jumpa doktorr ! alaa , u'oll jangan la risau okay ? sekijap je ni . nanti ajue mesti selera makan punya :)

opss , ni entry kedua luahan hati ajue right ?   *mybe takselera makan ni berkait dengan entry ni?* harap harap tak . hati resah , jiwa tak tenteram orang cakap . HAHA ! ye lah , mana boleh kita handle hati dan perasaan kan ? even kita ada orang tersayang , but if ada orang lebih taking care kita dari dia , automatically sayang itu beralih sikit sikit kan ? alaahh , jangan nak tipu lah . u'oll yang ada boyf/gurlf pon ada jugak pernah minat orang lain kan ? takpayah nak tipu lahh semua tu . normal la kan ? yeah , at the same time it's same with me ! terkejut kan ? err , err . normal normal . think positive orait ? 


ajue pon macam tu . malam malam mesti pisang sorang sorang . kalau hang out , sorang sorang . memang terasa lah kan ? tadek orang taking care kat ajue ni . sakit jugak lahh rasanya . kalau perkara sama jadi kat u'oll pon , u'oll akan rasa macamni . tapi ajue diam jee . sebab ajue dah fobia , fobia dengan dunia bercinta *cehh ayat makan bunga* ok . ajue ada minat and sayang kat someone . tapi tak lebih dari orang yang ajue sayang selama ni . perasaan ni ajue tak boleh nak kawal kadang kadang . sebab dia dekat dengan ajue . ajue cuba lari . cuba pejam mata , cuba pekak kan telinga demi BAMBAM ! dan buat masa ni , alhamdulillah , bambam still number one in my heart . tapi , yelah . MINAT ! errr , perasaan minat tu tak boleh nak kawal . cemana lahh ajue nak buat tah . kusutt . semalam pon borak pasal pemilik tulang rusuk . lebam bengkak ajue nak terang kan cemana tulang rusuk tu . pagi ni pon dia still pending pending arnab lagi . eskay --'


takpe lah , nanti dia mesti paham . sebab dia pon cakap nak Xtray and check signame dia ada pada tulang rusuk siapa . sengal lah you !


but , ajue tahu jugak yang dia pon sedang neutral kan balik hati dia . dia cakap masa yang mengawal dia sekarang . ajue faham semua tu . sebab tu lah ajue cakap yang ajue fobia . kan ? ajue straight je fikir . still pegang pada BAMBAM . ajue taknak lari dari dia kalau boleh . and harap sangat yang tulang rusuk dalam badan ajue ni milik dia :( tapi semua itu di tangan Allah swt . DIA yang menentukan semua . 


laju je air mata berlari keluar ni . dah la ajue , tak tahan lagi . ajue stop dulu . bye :(



keep it REAL ! tulis blog pakai ♥

♥ happy birthday Qymie ~

assalamualaikumm .


okay , today birthday qymie . lupa sangat . dah dinner tadi baru ingat today birthday dia . kakak yang agak terukk kan ? eiiyuuw ! --'

happy birthday , adik !
sweet 13 
jangan menggedik , nanti saya tibai awak !
study 1st , awek kemudian .
hope jadi anak lelaki yang boleh diharap tahu !
solat tu , jangan tinggal .

tadi dah beli cake kan ? so , hadiah hold dulu . HAHA !


perghh , tengok lah . dah beli cake kan ? so , tadek hadiah ! HAHA , kidding adik . nanti saya beli hadiah okay , harini busy . sampai lupa birthday awak dah --'





tengok adik saya . baru je form1 . tapi tinggi macam galah . HAHA ! sabau je lah . 


okay , stop talking about that . 


today kat office , stress gila . banyak sangat paperwork . meja bersepah . sebab staf EL , ajue kena takeover dia . makk aih  paperwork dia , tebal menggila . sampai ajue rasa , dah macam robot buat kerja tak berhenti . tapi , sempat lagi >>>




pedulikan eyebag disitu . 


tak cukup tidur kott . sebab asek sakit kepala . bila petang je , kepala ajue macam ada orang sengat . sakit ohh . nak menjerit , menangis je rasa . cuaca tak menentu yang jadi semua ni . petang tadi , ajue dah tibai adik ajue . " kakchik mintak maaf , stress sangat . awak pulak tak dengar cakap , naik tangan lah tadi . "  lebam tangan ajue sebab pukul dia . ummy cakap ajue garang sejak kerja ni . yelah , sebab penatkan ? sorry tau adik . kesian awak :(

okay lah . ajue pon dah taktahu nak menaip apa dah ni . and now playing HANYA INGIN KAU TAHU . seronok gila dengar lagu ni . tak puass . :D

bye !'






keep it REAL ! tulis blog pakai ♥

♥ kenangan harituu :)



ASSALAMUALAIKUM :D


Okay , 1st time dapat duduk rilek kat office sebab tadek kerja . uhh , mata mengantukk . dah tengok macam ular kekenyangan pon dah ni . terukk betul ajue ni kan ? sekrang ni ajue tengah menaip untuk entry kali ni and tengah tweet tweet je . sekarang jam  0930 am , baru sejam masa berlalu kat office ni . ada lagi 8jamm . errrr –‘

Today jugak , student batch 94 akan dapat result diorang . goodluck okay J kalau dah dapat result tu , diam je tahu ! ohh , my . teringat pulak masa ajue dapat result spm 2tahun lepas . kitorang amik result kat hall utama sekolah . mula mula greeting from headmaster sekolah . biasa lah . tak dengar pon apa beliau bebel kat depan . sebab dah dapat jumpa geng geng sekolah . 3 bulan kott tak jumpa . rindu lahh semua kan ?. apa lagi , bila minah , semah , joyah , kiah dan senah berjumpa . banyak lah cerita dia . macam macam cerita timbul . tak habis nak bercerita je . andd , tibalah masa nak dapat result . seperti biasa , parents yang datang seat kat belakang . kitorang amik result kat depan . dalam envelops . menakutkan kan ? buat cuakk je haa . tengok muka yang dah lepas dapat , masing masing ada senyum , terkedu , rilekk . sebak , menjerit semua . normall lah tu kan ? and , yang paling cannot blaa bila ada jugak yang lepas amik result buat muka bujet rilekk je . err –‘

And now , my turn . menggigil kepala lutut semua , toksah cakap lah kan ? err –‘ bila dah duduk kt kerusi tu , ajue dapat sijil semua . last sekali baru dapat result . tapi , takbukak and tengok pon lagi . dah dapat , ajue terus berlari ke belakang hall sekolah . bukak envelop tu slow slow , kira dulu brapa kerat dapat A . even dapat berapa kerat je , tapi tetap bersyukur sebab ada lah dari tadek kan ? alhamdulillah . sebab ajue pon target yang ajue dapat je lahh . sedih tu ada la jugak kan ? sebab sikit . haaa , padah la . sebab main main kuad sangat . bercinta je lebih . normal lah tuh . :P

Bercinta waktu sekolah la something yang paling comel sekali zaman belajar . budak sekolah bercinta , macam mana kan ? nak nak kalau yang satu sekolah ke , paling best satu kelas . err –‘ kalau yang jenis seporting okay je . but ajue dulu kelas tak sama . sebelah sebelah . kalau masa merajukk je , mula lah ada short note andd Cadbury dalam laci meja . sweet tak ? HAHA ! err –‘ tapi itu semua dulu . zaman kanak kanak main guli sesama . sekarang dah matured *okay , matured ke?*  haha ! okay lahh , close about this .
Sakitnya tekak ajue . nak bercakap pon susah . ajue berkomunikasi dengan kawan kat depan pon guna sms je . err –‘ lawak kan ? oaky lah . ajue nak publish dah nie . kita jumpa di lain entry pulak okay ? booyahhh !













keep it REAL ! tulis blog pakai ♥

♥ separuh sem :D

assalamualaikum :)


Today 1st day minggu ke 14 ajue practical kat  office ni . setakat ni alhamdulillah , ajue menangis macam mana pon , ajue tetap boleh terima environment kat sini . ini semua disebabkan oleh boss ajue yang sangat baek . tak pernah lagi kot ajue jumpa boss sebaik kak miera J


And now , ajue baru siapkan paperwork ajue . buad account bank reconciliton . alhamdulillah . siap jugak akhirnya . tapi  kecacatan  2 hengget tetap jugak teserlah . err . tak tahu dah cekau celah mana . memang dah check sebiji sebijik . tak jumpa laa -.-

 Sekarang pon tengah lepak lepak je . malas nak mintak lagi kerja baru . sebab tahu dah akan dapat banyak kerja . so , nak lepak lepak je dulu . lambatnya pukul satu , sakit perut ni dah macam nk tercabut usus . bukan sebab laparr pon ekceli , tapi sebab tettttt . nak alas perut ni . sebab perut kosong lah perut ni sakitt . tapi tahan je lahh . balikk ni nak tidur lahh . semalam pon tak dapat tidur sangat . eyebag ni pon dah bersepah , berlapis bagai dah . buruk nau bila tengok muka kat cermin . lesuu je . cepatlah pukul 530 . penat sangat dah ni . errr –‘

And now sesi lepas perasaan masa kerja kat sini . sebenarnya akak staf kat sini pon taktahan kerja kt office kitorang ni . dengan perangai staf staf kat sini macam blerrkkkk . haha ! lagi dua bulan ajue kat sini . pejam mata je lahh . buat kerja , tak layan apa orang cakap . asal siap kerja ajue , dah okay dah . bila dah luah perasaan masing masin , baru lah ajue tahu yang company tadek lah okay sangat pon . dalam borang UPLI  akhir practical nanti ajue akan comment sejujurnya apa yang ajue rasa kat company ni .  masyAllah , tunggu masa je . tiap tiap hari kira jam . tiap tiap minggu belek calendar . lepas seminggu , seminggu  berlalu . dah lama rasanya . tapi ada lagi 2 bulan . err –‘





keep it REAL ! tulis blog pakai ♥

♥ special for you ~

assalamualaikum .


okay , for an entry kalini , ajue tak cakap banyak . ajue just buat vid for yang pernah jadi someone special in my life . hope dia tengok vid nie , sebab sekarang dia jauh dengan ajue sebab study kan . so  vid nie je yang dapat menolong ajue masa birthday dia 20 march ni .



awak , this video just for you :)


*pause music kat atas kalau nak tengok vid ni*

video


okay done ! sorry tau awak sebab tak perfect sangat . ini je yang mampu saya bagi masa ni . nak hadiah , balik rumah okay ! hee . btw , happy birthday . tak boleh ngengeh lagii tahu ! . okay lahh by bambam mukk :)


nah cake untuk awak !




hee , special for you . comell kan ? google search je awak -.-'

hee , miss you !











keep it REAL ! tulis blog pakai ♥

♥ untitled



and 

you're amazing 





keep it REAL ! tulis blog pakai ♥

♥sis lyndaa wedding ♥

assalamualaikum , wbt

hi love ♥ 

today ajue cuti ! penat bercuti . hadir kenduri cousin ajue kat kampung . kelantan laa , mana lagi . kan ? hehe , sekarang nih hujan lebat . padahal dari tadi ajue nak update blog . tapi , line macam ajak bertumbuk je . haha ! and now , baru ajue dapat nak update . kangah kat bawah . tengok tv . ajue pulak kat atas , tengah online . sunyi gila kat rumah . kami busan , lapau pon ada . hujan hujan gini memang bestt kalau dapat makan , and terus tidur . tapi dah petang sangat . kurang baik orang cakap tidur lepas asar :)

okay start , ajue gerak balik kampung petang jumaat . jalan jammed gila kat terengganu . banyak kereta . mana taknya , bigjam kan ? hotfm buat kat terengganu tahun ni . semua orang turun terengganu . yang kitorang ni bukan nak turun terengganu , tapi nak lalu je pon jadi mangsaaa --' 

sampai rumah kat kelantan dalam pukul 0230 am . makk aih , rasa macam nak tercabut tulang pinggang . jauh betul perjalanan kitorang . balik balik tu , wow ! besarrnya rumah kami . abah ada ambik rumah sebiji kat sana . sebab bila balik kampung , senang stay rumah sendiri je . takpayah la berkampung di rumah nenek ajue lagi :D
pagi pagi esok tuhh semua dah bangun sebab kenduri tu kat tanah merah . about an hour from our house . so , semua dah ready ? jummm >>>


kemana kita ? ke kendurii laaahhh :D 


















ekceli , banyak lagi gambar ajue nak upload . tapi nak tunggu gambar gambar ni di upload pon ambik masa setengah hari . lamanya makk aihh --'


ni pulak masa ontheway nak balik . tapi kitorang check in kat primula beach resort , kuala terengganu . hotel tu punya lah lawa , pergh . nanti nak jugak lah lepak sana . kaklong check in sana sebab dia ada meeting dua tiga hari ni . dhani dan daddy pon ikot sama :) seronok pulak . ajue ngan kangah tak pon , kitorang tumpang kaklong je sampai malam tu . kitorang makan kat tenang seafood . tapi tapi tapi , jangan tertipu lah dangan tenang seafood ni , tak tenang langsung . order lai chikang pon macam order air gula jee . manisss gila !  penyudahnya kitorang order air kosong jee haa . tapi ikan stim dia memang terbboikk . best best !  pukul 0830pm , kitorang gerak naik bus dah . balik kuantan . penat kan ? jauh sungguh perjalanan kitorang --'

malam tu naik bus . ada jugak bus terengganu - kuantan bus double decker ! tak sangka :D malam tu jalan jammed . rugi sejam masa kitoramg . bayangkan lah , terengganu - kuantan ambik masa 5jam . gila kan ? lama sangat ! sampai kat cherating , bus tu berenti . makan kott --' about half and hour jugak lah . kitorang laparr sangat . ingat nak tunggu sampai kuantan baru nak makan , tapi kesian pulak mata nanti ngantokk . haha ! kat situ , kitorang beli roti john . harap jee lah , kata orang '' indah kabar dari rupa ''. tapi ni tak , '' indah rupa dari kabar '' , hampehh , mencacatkan keadaan betul lah ! dengan penjaga kedai runcit nya yang tak betulnya . nak cakap tuh , cakap lah elok elok dengan pembeli . ni tak , kangah cakap macam penagihh . takut pulak --'

okay , sebenarnya . ajue ni menaip dalam keadaan mata yang amat mengantukk dah . esok kerja . malasnya , tuhan je tahu . ajue salu berdoa , cepatlah bulan lima . habis practical ! okay la semua . thanks sebab stalk blog ajue yang tak seberapa nih . ajue chow dulu . dhaaaa ! 


eh eh jap . lupa nak pesan . ajue ada pesanan kat kawan ajue sorang ni . nama dia shima . 

dear shima , awak jangan lah sedih sedih lagi tau . tuhan tak akan menguji kita kalau kita tak mampu . dia menguji awak dengan cara nie sebab dia tahu awak mampu . mungkin dengan ujian yang awak lalui ni , awak akan dapat yang lebih terbaik lagi . kuatt tau :D

* kesat air mata tu . jangan nangis dah . kesian kat hati tu , asek nangis jee . bagi dia gumbira pulak okay ! *


okay , assalamualaikum :)








keep it REAL ! tulis blog pakai ♥

♥ dunia sekarang




assalamualaikumm

kum kum . ehh , ehh . saje je lahh . tak panggil ponng . tapi dengar adik adik ajue asekk sebut macam tu . dia macam ter  ikut ikut gitu --'

semakin hari makin lewat ajue tidurr . sebab ? ajue pon taktahu la sebab apa . hee . dah start dah k.e.l.i.n.g 
okay , act ajue baru balik dari jalan jalan , makan malam . makan kat terminal tadi . makan mee celup . boleh tahan lah best dia . banyak gila sambal lada ajue tibai . sekarang mula lahh sakit perutt . hambeekk . 


tadi ajue beli tiket kat terminal . sebab tu la pergi makan area situ . lepas beli tiket , ajue kangah dan kak yuss merendeek ke tc . kitorang saje je jalan sana sebab busan kat rumah , tak buat apa apa . kat tc , kereta makk aih . punya lahh banyak . tapi orang tak ramai . kak yuss cakap , semua orang yang ramai tu pergi ke tanjung tongkang sebab mak***t . haha ! pastu kitorang beli magnum . makan punya makan . sampaikan ada couple tuu pergi beli jugakk ! HAHA ~ jahat kan kitorang ? hehe .







pastu kak yuss hantar ajue balik rumah kaklong . sebab esok kak long yang hantar ajue pergi office . ajue masuk masuk bilik , ajue tak ngantukk lagi . so , ini lah jadinya .


totally missing you right now :')

esok doakan perjalanan ajue pulang ke kampung yeaa ? nanti kalau ada masa , ajue update entry pulakk :D

bye mukkmukk semua . i love you !

assalamualaikum 











keep it REAL ! tulis blog pakai ♥

♥ menaip lagi ?

assalamualaikum .


hey hey hey hey , aku tak percaya cinta . aku tak percaya . aku tak percaya 
C I N T A 

* sengal tiba tiba menyanyi lagu nih . sebab nampak iklan lagu ni *


okay , lets start ! saje je ajue ngengeh nak update blog malam ni sebab ajue dah tahu , mybe esok tak update . *mybe* today ? rabu kan ? esok petang family ajue balik kampung . ummy , abah , adik adik and my little cibab balik dulu . then jumaat malam baru lah ajue , kaklong , abanglong and siska azie aka kangah balik . sebab ? sebab kitorang kerja . gerak balik kampung lepas kerja :)

hari jumaat tu pun ajue halfday sebab lepas pkul 5 kitorang terus gerak . takut tak sempat . kitorang balik kampung sebab ada kenduri saudara kitorang , kawen . seronok ! *ei , ajue gatal*
okay , tukar topik . ajue tengah hangin ni , celcom asyik ajak ajue bertumbuk asal ? failed setiap masa ! time orang nak guna ni lahh , dia nak failed . try kalau selama ni ajue tak guna , tadek pulak cerita nak failedd ! erghhhhh . sabarrr je lah dengan kau ni --' BIS pulak habes malam ni . nasib je abah dah topupkan . cuma tunggu masa maxis text BIS tamat ! mood yang okay , tetiba lentokk bila celcom buat hal ! 

bukak topik lain pulak :) sekarang ajue stay sorang . kangah dengan kak yus main badminton malam ni . diorang ajak ajue . tapi ajue malas . duduk rumah , lagi nikmat :) semalam kitorang singgah giant ! beli barang . haa , nak tahu satu cerita gila tak ? 2times ajue tersilap beli barang . siot betull lah ! membazir duwet ajue . 
* abah tahu , dia bebel *

ajue taknak cerita ajue tersilap beli apa . buad sakit hati ajue je bila ingat balik . capratt ! apa lagi nak bebel ni ? okay , 2 3 hari ni , ajue didatangi kawan baru ! hee . but akceli bukan la baru sangat . dah lama kenal , tapi baru berkawan --' ohh hye friend . welcome to my simple dimple life :D life ajue takdek lah seronok sangat . ntah apa yang best berkawan dengan ajue tah . dah la pemalas , kuadd makan . haha ! gemukk . kan ? okay , lupa kan . ramai yang ajue jumpa jumpa diorang pon dalam social networking . tengok cara diorang tweet macam ohhsem jeaa . so , follow :)



* okay , rasanya tiada kaitan kott dengan gambar kat atas ni . jangan ambik peduli *



okay , byee :(




keep it REAL ! tulis blog pakai ♥

♥ okay , tukar perasaan .

assalamualaikum ,


okay , malam ni saya tukar mood . dari gumbira tukar menjadi so sad :) because ? cause of YOU . no darling , don't worry . i'll be okay afta this :')


now , ajue tengah tenangkan hati , cekalkan minda , tabahkan jiwa nak lalui realti kehidupan sebenar . mybe ajue dah faham sikit sikit tentang life . bukan senang nak hidup senang . and bukan susah nak rasa susah . nak faham keadaan sekeliling . nak menerima keadaan orang lain . semuanya ! patut lah orang salu cakap , kehidupan ni sangat mencabar dan susah . mereka yang senang pon , pasti ada masa susah mereka . tiada orang yang hidup senang sepanjang hidup . 

sabar sabar sabar . ajue sentiasa genggam perkataan ni . menangis pon sorangsorang . pendam pon sorangsorang . hanya seorang je yang selalu dengar isi hati ajue . mr boo :)
hanya dia je paham cemana hidup ajue . tiap tiap malam ajue cerita how life ajue everyday kat dia . dan dia sememangnya hanya seekor bear . dan dia saat bermakna bagi ajue . tiada siapa yang boleh buat dia sakit . ajue sayang boo ajue separuh gila . 'awak' baling dia pon saya kutip dia . sebab dia tu everything bagi saya :')




* gambar petang tadi act *


awak , saya nak cakap .

terukir di bintang , tak mungkin hilang cintaku padamu 


for you , bambam :)


assalamualaikum 

keep it REAL ! tulis blog pakai ♥


ShoutMix chat widget