pelik kan entry kali ni ? tadi ajue busan cuba cuba jugak lah surfingsurfing ternet . tiba tiba ajue nampak gambar pelik . '' wanita ketagih makan kusyen ! '' eh eh , ada jugak ey manusia macam ni ? ajue penah lah jugak tahu cerita tentang orang makan kacak , skru apa bagai . tapi ni lagi lah pelik . makan kusyen sofa . apa masalah dia pon ajue tak tahu . jum kita layaan !
Seorang ibu kepada lima orang anak, Adele Edwards didapati mengalami sejenis gangguan pelik yang dikenali sebagai Pica kerana dia gemar memakan kusyen sofa.
info seterusnya ;
Dia yang berasal dari Bradenton, Florida Amerika Syarikat (AS) dikatakan telah memakan kusyen selama 21 tahun. Adele dilihat cuba mendapatkan bantuan selepas masalahnya itu sudah tidak dapat dikawal.
"Sejak beberapa tahun lalu, saya sudah makan tujuh sofa. Saya membuka zip alas kusyen dan memakannya. Apabila sudah makan, saya sukar untuk berhenti. Kini, doktor memberitahu jika saya meneruskannya, ketagihan ini akan membunuh saya," katanya.
Adele mengakui tabiat peliknya itu berlaku kerana tertekan sewaktu ibu bapanya mahu bercerai ketika dia baru berusia 10 tahun. Kini, dia memakan kusyen sebanyak 15 kali sehari. Adele terpaksa mendapatkan rawatan terapi dan hipnosis demi menghilangkan ketagihan luar biasa itu.
yang ajue pelik jugak . punya lah banyak makanan dalam dunia ni , kusyen jugak yang dia makan . eish , apa apa pon . teruja pulak ajue tengok dia makan . erggh !
No comments:
Post a Comment